Ketahui Cara Untuk Muat Turun Tanpa Had Melalui Rangkaian Selular Buat Peranti iOS

Sejak sekian lama, Apple telah menghadkan saiz muat turun menggunakan peranti iOS dengan penggunaan rangkaian selular bagi pengguna mereka. Terbaru, melalui kemaskini iOS 11, pihak Apple telah mempertingkatkan had saiz muat turun kepada 150 MB berbanding 100 MB pada versi yang terdahulu.

Ini bermakna, pengguna iOS perlu menghubungkan peranti mereka dengan sambungan wi-fi terlebih dahulu sebelum boleh memuat turun sebarang fail yang lebih besar daripada 150MB. Perkara ini agak menjengkelkan terutama sekali bagi pengguna yang tidak melanggan sebarang servis wi-fi di kediaman mereka.

Akan tetapi, masalah ini sudah ada penyelesaiannya. Anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah di bawah sahaja.

1.Buka App Store dan mulakan muat turun aplikasi yang anda mahu



2.Klik 'OK' pada paparan pops-up amaran yang muncul selepas itu



3. Kembali ke Home Screen dan pergi ke Setting. Ikon aplikasi yang sedang menunggu untuk dimuat turun akan muncul di Home Screen.



4. Tekan General dan pilih Date & Time



5. Nyah-aktifkan fungsi tetapan automatik masa dan tarikh



6. Ubah tarikh ke hadapan selama 2-3 hari



7. Perhatikan ikon aplikasi yang anda pilih tadi, ia sedang memuat turun !



Jangan lupa untuk mengubah tetapan tarikh anda semula selepas selesai memuat turun. Selamat mencuba semua!

Sumber

Berkaitan