5 Trick Cool Untuk Hasilkan Tulisan Unik Di WhatsApp

WhatsApp merupakan aplikasi permesejan percuma yang amat popular di Malaysia. Sejak diambil alih oleh Facebook, pelbagai pembaharuan telah dibawa ke dalam aplikasi ini.

Antaranya ialah WhatsApp Status, panggilan video berkumpulan dan penggunaan pelekat(stickers). Malah, anda juga boleh mencipta pelekat anda sendiri seperti yang pernah kami kongsikan sebelum ini. Semuanya dilakukan bagi mengelakkan pengguna tidak cepat bosan dan bertukar ke aplikasi permesejan yang lain.

Pada kiriman kali ini, kami akan kongsikan kepada anda cara-cara untuk menghasilkan tulisan unik pada aplikasi WhatsApp tanpa memuat turun aplikasi Whatsapp dari pihak ke-tiga.

1. Tulisan tebal(bold)




Mungkin ramai yang akan mengatakan mereka sudah tahu cara untuk melihat tulisan bold ini. Tapi percaya, ramai juga yang masih tidak mengetahuinya.

Bagi yang masih belum tahu, untuk menghasilkan tulisan tebal atau bold ini, masukkan simbol (*) pada awal dan akhir perkataan. Contohnya ->  *Wiser*.

2. Tulisan Italic




Tulisan dengan format Italic ini sering digunapakai apabila kita menggunakan bahasa asing selain dari bahasa utama yang kita pakai dalam penulisan.

Sebagai contoh, perkataan berbahasa Inggeris akan ditulis secara Italic dalam penulisan artikel berbahasa Melayu. Untuk menghasilkannya di WhatsApp, tambah simbol (_) pada awal dan akhir perkataan. Contoh -> _Wiser_ .

3. Tulisan Strikethrough




Strikethrough atau cakaran tengah selalu digunakan bagi menandakan pembetulan atau pembatalan perkataan yang digunapakai.

Bagi menghasilkan perkataan dengan format strikethrough di WhatsApp, masukkan simbol (~) di permulaan dan pengakhiran perkataan. Contoh -> ~Wiser~.

4. Tulisan fancy(Fancy font)




Fancy font menawarkan pelbagai bentuk tulisan untuk digunapakai oleh pengguna WhatsApp. Untuk melakukannya, anda perlu muat turun aplikasi Fancy Text (For Chat) di Play Store dahulu.

Kemudian, taip perkataan atau ayat diingini di kotak teks yang disediakan. Seterusnya, pilih bentuk fon yang menepati citarasa anda. Akhir sekali, salin,tampal dan hantarkannya.

5. Tulisan terbalik




Nak buat rakan anda pening kepala? Cuba hantar mesej WhatsApp secara terbalik dekat mereka. Untuk lakukannya, anda perlu muat turun aplikasi Flip Text - Upside Down terlebih dahulu.

Selesai memasang, taipkan perkataan atau ayat di ruang yang disediakan dan tekan "Flip". Salin dan tampal perkataan tersebut di WhatsApp dan hantarkan kepada rakan anda.

6. Tulisan unik berwarna putih dengan bingkai biru




Tulisan berwarna putih berbingkai biru ini amat sesuai untuk digunakan semasa merakamkan ucapan selamat(hari lahir, tahun baharu, hari raya dsb) kepada kenalan anda.

Bagi melakukannya, muat turun aplikasi Blue Text - Black Text to Blue Form dan pasangkan pada peranti anda. Sesudah itu, taipkan perkataan di kotak teks, tekan ikon "salin", dan tampalkan di kotak teks WhatsApp anda. Seperti biasa, hantarkan kepada sesiapa yang anda kehendaki.

Dengan lima cara mudah untuk mempelbagaikan bentuk tulisan di aplikasi WhatsApp ini, ia sedikit sebanyak memperlambatkan rasa bosan pengguna terhadap aplikasi berkenaan.

Apa lagi tunggu? Hasilkan tulisan unik anda sekarang dan WhatsApp-kan kepada rakan-rakan anda segera.

 

Berkaitan