Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ketahui Cara Mudah Untuk Mendapatkan Semula Fail Dari Pemacu Pena Anda

Posted on Jun 25, 2018

Pernah tak anda kehilangan fail-fail penting yang anda simpan dalam pemacu pena anda secara tiba-tiba? Jangan risau, mungkin fail berkenaan masih lagi boleh diselamatkan. Di sini kami akan tunjukkan kepada anda langkah mudah untuk mendapatkan fail-fail itu semula tanpa perlu memasang apa-apa aplikasi pihak ke-tiga.

Sebagai permulaan, pastikan pemacu pena anda telah dipasang pada PC atau komputer riba anda terlebih dahulu. Selepas itu, ikuti langkah-langkah di bawah. (Kami menggunakan peranti Windows 7 dalam demonstrasi ini)

1. Klik pada ikon Windows untuk mengakses Start Menu, kemudian cari dan klik ‘cmd’. Pastikan anda menjalankan aplikasi cmd.exe ini sebagai Administrator.

2. Paparan ‘Windows Command’ seperti imej di bawah akan muncul.

3.Taip : attrib -h –r -s /s /d d:\*.* dan klik Enter. Gantikan huruf ‘d’ pada d:\*.* dengan huruf yang mewakili pemacu pena anda.

Sekarang, semua fail yang hilang itu tadi sepatutnya sudah dapat dilihat semula di dalam folder pemacu pena anda. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Sumber

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress