Ketahui 5 Fakta Menakjubkan Mengenai Dunia Internet

Internet hari ini sepatutnya sudah boleh dikategorikan sebagai salah satu daripada organ manusia. Mana tidaknya, sebahagian besar dari kita tidak akan dapat menyelesaikan tugas harian tanpa adanya sambungan internet.

Ia dibuktikan lagi dengan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo yang menegaskan bahawa internet kini sudah dinilai sebagai hak rakyat. Maka, tidak hairanlah jika sebenarnya terdapat banyak fakta-fakta menarik dan mengejutkan berkaitan dunia internet pada hari ini.

Sehubungan dengan itu, kami akan senaraikan kepada anda 5 fakta menarik yang sebenarnya terjadi di dalam dimensi internet dunia hari ini.

1. Internet lahir di sebuah 'beer garden'



Beer garden adalah satu kedai minuman atau kafe yang menyediakan minuman bir serta minuman dan makanan lain. Lebih empat dekad yang lalu, sekumpulan saintis telah menjalankan satu eksperimen di sebuah beer garden yang terletak di California.

Menerusi eksperimen itulah mereka menetapkan bahawa internet adalah sesuatu yang perlu dihasilkan bagi membantu para saintis berkongsi keupayaan komputer mereka. Mereka ketika itu sedang dalam proses membangunkan satu medium perhubungan yang mampu kekal walaupun perang nuklear terjadi. (Sumber : INC)

2. Laman sesawang pertama di dunia masih boleh diakses hari ini



info.cern.ch merupakan laman sesawang pertama di dunia ini. Ia telah diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1991 berikutan dengan projek World Wide Web yang bertujuan untuk memperluaskan lagi perhubungan menggunakan internet.

Ia adalah sebuah laman sesawang yang sangat ringkas tanpa sebarang latar belakang atau rekaan kulit. (Sumber : Make Us Of)

3. 53% daripada penduduk Bumi kini mempunyai sambungan Internet



Seperti yang kami nyatakan pada awal kiriman ini, internet telah dianggap sebagai satu keperluan oleh sebahagian besar dari kita. Fakta ketiga ini juga membuktikan perkara tersebut bukan cakap kosong.

4.123 billion daripada keseluruhan 7.8 billion penduduk Bumi ketika ini menikmati kemudahan internet dan majoriti daripadanya adalah warga benua Asia. Manakala Afrika pula muncul sebagai benua paling kurang sambungan internet. (Sumber : Network World)

4. Garfield pernah menawarkan perkhidmatan e-melnya sendiri



Kebanyakan daripada anda pasti pernah mendengar tentang perkhidmatan Gmail,bukan? Tahukah anda, huruf 'G' pada Gmail itu pada awalnya mewakili nama Garfield dan bukannya Google? Ya, Garfield yang dimaksudkan ialah watak animasi kucing yang popular itu.



Perkhidmatan e-mel tersebut bagaimanapun telah dibeli oleh syarikat Google dan mereka kekal menggunakan nama Gmail.  (Sumber : Gizmodo)

5. 1/3 daripada carian di Internet adalah berkaitan dengan pornografi, majoritinya dilakukan oleh kaum wanita



Ya, pornografi merupakan salah satu carian yang paling popular di Internet. Ia merupakan satu masalah yang sering dikaitkan dengan kaum lelaki. Namun, amat mengejutkan apabila menurut laporan The Cut, wanita sebenarnya lebih kerap mengakses pornografi atas talian.

Bercakap berkenaan pornografi, industri pornografi dunia hari ini mampu merekodkan pendapatan purata sehingga $ 3,000(~RM 12,225) setiap saat. (Sumber : Lifehacks)

 

Sumber : Pelbagai

Berkaitan