Keselamatan Kereta Anda Mungkin Dalam Bahaya

Pemilik kenderaan seperti kereta terutamanya kereta yang sedang menggunakan sistem kunci keselamatan keyless terdedah dengan risiko sistem keselamatan kenderaan anda digodam.

Menurut laporan oleh The Star, terdapat alat elektronik di pasaran tempatan yang boleh 'mendengar' isyarat frekuensi radio yang dihasilkan oleh alat kawalan kereta anda.

Alat elektronik tersebut perlu disambungkan ke sistem komputer dan boleh memantau serta mengambil isyarat yang digunakan untuk membuka dan mengunci kenderaan anda.

Kapsyen: Sumber: The Star


Terdapat kajian telah dilakukan oleh Allgemeiner Deutscher Automobil-Club (ADAC) yang berpengkalan di Jerman dan mereka mendapati 110 model kendaraan dari 27 pembuat kenderaan yang berbeza mempunyai risiko dicuri berdasarkan sistem keselamatan yang digunakan oleh kenderaan tersebut.

Ujian yang dilakukan juga mendapati yang kenderaan yang menggunakan sistem keselamatan keyless boleh dibuka menggunakan alat penggodam isyarat.

ADAC juga membuat kesimpulan bahawa sehingga hari ini, tiada pembuat kenderaan yang mampu menghasilkan sistem keselamatan yang kalis kepada kecurian.

Sumber