Kesan Skrin Hijau Kini Boleh Didapati Pada Kemaskini iMovie Terbaru

Reading Time: 2 minutes

Apple kini telah mengemaskini aplikasi iMovie mereka kepada aplikasi suntingan video yang lebih profesional dengan membawa ciri kesan skrin hijau, yang menyokong fungsi kunci atau membuang latar belakang bagi memfokuskan objek utama di dalam sesuatu video.

Fungsi ini selalunya digunakan didalam suntingan bagi sesuatu filem bagi memanipulasi kawasan penggambaran tanpa perlu merakam di  kawasan sebenar, ia juga digunakan di dalam rancangan bahagian berita pada segmen cuaca yang dimana mereka menggunakan animasi keadaan cuaca atau peta sebagai  latar belakang.

Kini, iMovie membenarkan anda membuang gambaran latar belakang secara automatik apabila warna hijau atau biru dikesan, atau anda boleh menggunakan lapisan 4-titik dan melebarkan ia mengikut kesesuaian anda bagi menggunakan kesan itu secara manual dan efektif.

Kemaskini itu juga ditambah dengan 80 trek bunyi meliputi pelbagai genre termasuk Pop, Chill dan Sentimental serta ia turut menetapkan musik yang sesuai secara automatik mengikut durasi bagi sesuatu video.

Aplikasi ini turut membawa ciri-ciri latar belakang lut sinar bagi meletakkan logo atau grafik yang direka sendiri yang boleh diletakkan di atas-kanan video bagi tujuan mempromosi penjenamaan, tanda dagangan atau tagline. Tambahan lagi, Gambar kini boleh dijadikan kesan lapisan bagi mencipta kesan picture-in-picture dan kesan skrin berasingan.

iMovie boleh didapati di stor App bagi pengguna iOS sama ada pada peranti mudah alih iPhone atau iPad.

Sumber: GSM Arena