Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kesan Skrin Hijau Kini Boleh Didapati Pada Kemaskini iMovie Terbaru

Kesan Skrin Hijau Kini Boleh Didapati Pada Kemaskini iMovie Terbaru

Diterbitkan Jun 13, 2019 oleh Haikel Areff

Apple kini telah mengemaskini aplikasi iMovie mereka kepada aplikasi suntingan video yang lebih profesional dengan membawa ciri kesan skrin hijau, yang menyokong fungsi kunci atau membuang latar belakang bagi memfokuskan objek utama di dalam sesuatu video.

Fungsi ini selalunya digunakan didalam suntingan bagi sesuatu filem bagi memanipulasi kawasan penggambaran tanpa perlu merakam diĀ  kawasan sebenar, ia juga digunakan di dalam rancangan bahagian berita pada segmen cuaca yang dimana mereka menggunakan animasi keadaan cuaca atau peta sebagaiĀ  latar belakang.

Kesan Skrin Hijau Kini Boleh Didapati Pada Kemaskini iMovie Terbaru

Kini, iMovie membenarkan anda membuang gambaran latar belakang secara automatik apabila warna hijau atau biru dikesan, atau anda boleh menggunakan lapisan 4-titik dan melebarkan ia mengikut kesesuaian anda bagi menggunakan kesan itu secara manual dan efektif.

Kemaskini itu juga ditambah dengan 80 trek bunyi meliputi pelbagai genre termasuk Pop, Chill dan Sentimental serta ia turut menetapkan musik yang sesuai secara automatik mengikut durasi bagi sesuatu video.

gsmarena_001 (6)

Aplikasi ini turut membawa ciri-ciri latar belakang lut sinar bagi meletakkan logo atau grafik yang direka sendiri yang boleh diletakkan di atas-kanan video bagi tujuan mempromosi penjenamaan, tanda dagangan atau tagline. Tambahan lagi, Gambar kini boleh dijadikan kesan lapisan bagi mencipta kesan picture-in-picture dan kesan skrin berasingan.

iMovie boleh didapati di stor App bagi pengguna iOS sama ada pada peranti mudah alih iPhone atau iPad.

Sumber: GSM Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
©2026 WISER.MY