Kesan Negatif PUBG Memaksa Jordan Mengharamkan Aplikasi Pemainan Popular Tersebut

Giliran Jordan pula menyekat permainan PUBG.


Selepas beberapa negara dan wilayah termasuklah  China, Iraq, Aceh dan India menyekat dan mengharamkan aplikasi permainan PlayerUnknown´s Battlegrounds (PUBG), kini Jordan pula mengambil tindakan sama mengharamkan aplikasi permainan paling popular di dunia itu daripada dimainkan di negara tersebut.

Ia berikutan amaran yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Telekomunikasi Jordan yang memberi amaran bahawa permainan tersebut memberikan kesan negatif terhadap pemainnya.

Amaran yang dikeluarkan itu sekaligus menjurus kepada tindakan mengharamkannya daripada dimainkan di negara tersebut.

Menurut laporan oleh SensorTower, pembangun aplikasi permainan  itu telah menjana keuntungan sebanyak USD146 juta bagi bulan Mei sahaja.

Sumber: DAWN