Kes Kematian Akibat Covid-19 Di AS Mengatasi Jumlah Kematian Perang Vietnam

Kematian akibat perang Vietnam berjumlah 58,220.


Amerika Syarikat yang kini sedang berperang dengan Covid-19 telah merekodkan lebih daripada 1.2 juta kes positif Covid-19. Sekaligus menjadikannya sebagai negara paling tinggi kes Covid-19 di dunia ketika ini.

Daripada jumlah itu, lebih daripada 213,000 pesakit dilaporkan telah pulih. Sementara kes kematian akibat Covid-19 di negara itu pula adalah berjumlah 74,813 kematian (setakat 7 May 2020, sumber, worldometer).

Jumlah kematian yang direkodkan itu sekaligus menjadikan kes kematian akibat Covid-19 di A.S adalah lebih tinggi berbanding kematian ketika berlakunya Perang Vietnam.

Jumlah kematian ketika Perang Vietnam dilaporkan berjumlah 58,220 kematian. Jumlah itu adalah dalam tempoh 11 tahun perang itu berlaku iaitu dari 1964 hingga 1975 yang mana ia turut disertai oleh tentera Amerika Syarikat.

Kapsyen: Jumlah kes kematian akibat Covid-19 di A.S setakat 29 April 2020 lalu. Sumber: Statista.


Berdasarkan rekod Perang Vietnam, sebanyak 47,434 nyawa terbunuh ketika dalam perang dan 10,786 lagi maut dalam insiden lain sepanjang tempoh perang itu berlaku.

Jika jumlah kematian itu adalah ketika berlakunya Perang Vietnam selama 11 tahun, jumlah kematian akibat Covid-19 di A.S pula adalah kurang daripada 6 bulan sejak ia pertama kali direkodkan.

Berkaitan