Kerjasama Terbaru Spotify dan Instagram Membolehkan Pengguna Berkongsi Lagu Menerusi Instagram Stories

Pada 3 Mei 2018, Instagram telah mengumumkan berkenaan dengan fungsi terbaru yang akan membolehkan pengguna mereka berkongsi lagu melalui Instagram Stories. Fungsi terbaru ini adalah hasil daripada kerjasama antara mereka dengan servis penstriman muzik popular, Spotify. Pengguna boleh berkongsi lagu secara terus dari Spotify ke Instagram Stories melalui cara berikut :

1. Buka aplikasi Spotify 



2. Pilih lagu yang mahu dikongsi dan klik pada butang 'Option'


3. Pilih 'Share'


4. Pilih 'Instagram Stories'


5. Anda juga boleh menambah tulisan pada kiriman lagu tersebut


6. Kirimkan dan selesaiKini pengikut anda di Instagram boleh bersama-sama mendengar lagu kegemaran anda melalui butang 'Play on Spotify' seperti di atas.


Spotify menganggap kerjasama ini akan menguntungkan kedua-dua belah pihak kerana 3 daripada 5 akaun yang memiliki pengikut paling ramai di Instagram ialah dari industri muzik. Mereka ialah Selena Gomez(132.51 juta), Ariana Grande(116.88 juta) dan Beyonce(110.03 juta) manakala dua lagi individu yang memiliki pengikut teramai ialah bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo(118.89 juta) dan selebriti TV terkenal, Kim Kardashian(106.11 juta).


 

Sumber