Kerjasama Grab Dan Celcom Berikan Tawaran Menarik Kepada Pelanggan

Dua buah syarikat tempatan yang berbeza perkhidmatan telah menjalin kerjasama beberapa hari lepas.

Syarikat yang dimaksudkan adalah, Celcom (telco), dan juga, Grab, (mengambil dan menghantar penumpang).

Gabungan antara kedua-dua syarikat berkenaan bakal memberikan pelbagai keistimewaan kepada

  • Pelanggan Celcom/Grab

  • Pemandu Grab


Bagi pemandu Grab yang setia, Celcom akan menawarkan beberapa pilihan telefon mudah alih yang lebih sesuai dengan rangkaian LTE dari telco tersebut.

Tawaran itu akan disekalikan dengan pakej pelan Celcom FIRST dengan beberapa faedah tambahan yang lain.

Untuk penumpang Grab yang juga pengguna Celcom (pelanggan baru dan sedia ada), mereka bakal menikmati tawaran potongan tambang sebanyak RM5 bagi setiap 5 kali perjalanan (terhad kepada 5,000 perjalanan bulanan).

Syarat untuk nikmati promosi ini adalah dengan

  • Bayaran kad kredit/debit

  • Gunakan kod promosi: CELCOM5


Promosi dari kerjasama ini sudah pun bermula 1 Julai yang lalu dan dijadualkan tamat pada penghujung tahun (31 Disember 2017).

Sumber: Grab via Malaysian Wireless