Kerja-Kerja Penyusunan Semula Frekuensi Siaran TV Digital myFreeview Di Kuala Rompin Dan Pulau Pangkor

Dibuat pada hari yang sama.


MYTV Broadcasting hari ini memaklumkan akan melaksanakan kerja-kerja penyusunan semula frekuensi siaran TV digital myFreeview di dua lokasi baru.

2 Lokasi itu adalah pemancar di Kuala Rompin, Pahang dan pemancar di dalam Pulau Pangkor, Perak.

Bagi Kuala Rompin, kawasan yang terlibat adalah keseluruhan Rompin dan sebahagian Mersing Utara. Manakala bagi pemancar di dalam Pulau Pangkor pula akan melibatkan keseluruhan Pulau Pangkor dan sebahagian kawasan Manjung dan Lumut.

Kerja-kerja penyusunan semula frekuensi itu akan dibuat pada hari yang sama iaitu 8 Mac 2020 yang bermula dari jam 1,00 pagi hingga 6.00 pagi.

Jadi pengguna diminta sila pastikan dekoder atau IDTV anda berada di dalam keadaan ‘standby mode’. Layari www.myfreeview.tv atau hubungi 1800-18-1088 untuk bantuan lanjut.