Kerja-Kerja Penyusunan Semula Frekuensi Siaran TV Digital Dari 25 Hingga 27 Februari 2020

Melibatkan Negeri Sembilan, Melaka dan Perak.




MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) memaklumkan mereka akan melakukan kerja-kerja penyusunan semula frekuensi siaran digital TV myFreeview secara berperingkat selama 3 hari iaitu bermula dari 25 Februari sehingga 27 Februri 2020 di 3 lagi lokasi pemancar.

Ia adalah sebagai usaha pihak MYTV meningkatkan mutu perkhidmatan kepada para pengguna di seluruh Malaysia.

Penyusunan semula frekuensi siaran digital TV adalah sejajar dengan perancangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyediakan frekuensi menerusi jalur 700 MHz bagi kegunaan perkhidmatan jalur lebar atau 5G.




Kerja-kerja akan dilakukan secara berperingkat bermula dari jam 1.00 pagi sehingga 6.00 pagi di pemancar-pemancar berikut:-



Pengguna digalakkan membuat penalaan semula secara automatik dan sekiranya penalaan dibuat secara manual, pengguna boleh menyemak senarai frekuensi yang baharu di laman sesawang https://www.mytvbroadcasting.my/pdf/Lists-of-frequency.pdf.

Berkaitan