Kereta Tesla Kini Mempelajari Pemanduan Auto-Pilot Melalui Rakaman Video

Pada yang belum tahu tentang kereta Tesla, ianya merupakan kereta sedan 4 pintu berkuasa elektrik yang telah mendapat perhatian kerana mengukir namanya dalam buku rekod dengan pecutan lebih daripada supercar seperti LeFerrari, Porche 918 Spider dan seangkatan dengannya.

Kereta itu juga merupakan yang pertama seumpamanya yang menawarkan peningkatan prestasi melalui kemas kini perisian OTA dan memaparkan mod memandu autonomi, yang dipanggil sistem Autopilot.

Paling baru, Tesla kini sedang menguji teknologi pembelajaran melalui klip video pemanduan manusia untuk meningkatkan keupayaan autopilot.

Melalui teknologi ini, kereta Tesla akan dapat mempelajari ilmu pemanduan yang lebih cekap termasuklah memahami papan tanda, isyarat dan sebagainya melalui rakamn video.

Walau bagaimanapun, untuk memastikan privasi pemilik kereta terjamin, Tesla mendakwa bahawa rakaman video yang diambil tidak akan dipautkan bersama Nombor Pengenalan Kenderaan kereta. Ini bagi mengelakkan daripada data peribadi pemilik kereta digodam.

Sumber