Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kereta Swapandu MARTY Berjaya Memandu Secara Drift Dengan Sempurna

Kereta Swapandu MARTY Berjaya Memandu Secara Drift Dengan Sempurna

Diterbitkan Disember 23, 2019 oleh Meor Hasyim

Seorang graduan kejuruteraan mekanikal dari Stanford, Jonathan Goh, mengetuai pasukannya dari Dynamic Design Lab universiti tersebut untuk mencipta sebuah kereta elektrik swapandu dinamakan MARTY. Kereta tersebut dimuatkan dengan komputer dan juga GPS untuk penjejakan lokasi.

4 tahun lepas, MARTY telah pun mula memandu secara drift buat kali pertamanya. Untuk yang terkini, MARTY lebih ‘bijak’ kerana kali ini ia mampu untuk memandu drift melalui trek memandu tanpa menumbang sebarang kon sepanjang laluan trek.

Laluan drift itu diberi nama “MARTYkhana”, mempunyai jarak 1 kilometer berbelok. Ketika kereta dipandu, terdapat 2 orang penumpang namun mereka tidak perlu untuk mengawal kereta kerana MARTY membelok, menekan minyak dan brek secara sempurna.

Jika anda fikir ini adalah sekadar hiburan dalam dunia AI, ia bukan. Ketua bahagian jurutera projek, Chris Gerdes mengatakan teknologi seperti MARTY boleh mengawal keadaan kereta pada situasi ekstrem seperti jalan licin.

“Kami mahu cipta kereta swapandu yang boleh guna geseran antara tayar adn jalan untuk bawa keluar kereta dari situasi berbahaya. Kami hendak kereta itu mampu mengelak kemalangan yang sepatutnya boleh dielak melalui fizik.” Chris Gerdes.

Sumber: DigitalTrends

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY