Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kereta Elektrik Volkswagen Bakal Berada Di Jalan Raya Pada 2020

Kereta Elektrik Volkswagen Bakal Berada Di Jalan Raya Pada 2020

Diterbitkan September 29, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Helmi Samsuri
Kereta Elektrik Volkswagen Bakal Berada Di Jalan Raya Pada 2020

Setelah gagal dengan kereta berenjin diesel yang menyebabkan kerugian besar, Volkswagen tidak mempunyai pilihan selain mengubah strategi lain pula.
Terbaru, syarikat pengeluar kereta ternama itu memperkenalkan kereta yang dikuasakan sepenuhnya menggunakan tenaga elektrik dikenali sebagai Volkswagen I.D. Sebelum ini, syarikat itu memberi bayangan tentang model itu dengan beberapa foto promo. Rabu yang lalu, prototaip kenderaan itu juga dipamerkan kepada khalayak ramai pada Paris Motor Show.

Jika dilihat dengan mata kasar, Volkswagen I.D bersaiz seperti Golf Hatchback dan ia menggunakan motor elektrik 125kW dengan pelepasan sifar. Ia merupakan kereta  pertama dari Volkswagen yang dibina berdasarkan seni bina Modular Electric Drive (MEB) yang mempunyai ruang lebih baik dari model hybrid semasa.

Menurut syarikat itu, kereta berkenaan mampu menempuh perjalanan sejauh 600KM buat masa ini. Volkswagen juga menambah mereka merancang untuk menjadikan model itu bergerak tanpa pemandu sepenuhnya menjelang 2025. Kenderaan elektrik ini mungkin di jual pada harga ~RM124,000.

Sumber: MashableAsia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY