Kerap Alami Kerugian, Sony Mahu Gabungkan Xperia Dengan Divisyen TV, Audio & Kameranya

Jenama telefon Sony Xperia pernah menjadi antara nama besar dalam industri telefon pintar dunia satu ketika dahulu. Namun, entah mana silapnya, jenama tersebut semakin tenggelam hari ini.

Malah, jenama Xperia itu telah merekodkan kerugian hampir $1 bilion pada tahun lepas. Sehubungan itu, kini Sony dilaporkan bercadang untuk menggabungkan Xperia dengan barisan produk TV, audio dan kameranya.

Barisan produk berkenaan akan digabungkan dibawah satu divisyen baru iaitu Sony Electronics Products and Solutions bermula April ini.

Kapsyen: Xperia 1/Trusted Reviews


Sony berharap agar dengan perkongsian aset di antara empat barisan produk dalam satu divisyen ini akan dapat mempertingkatkan kualiti dan prestasi sesama mereka.

Untuk rekod, jualan suku ketiga bagi Xperia untuk tahun 2018 adalah 1.4 juta unit lebih rendah berbanding suku sama pada tahun 2017.

Bagaimanapun, Sony dilihat masih belum mahu mengalah dengan jenama tersebut apabila sebelum ini meramalkan Xperia akan mula menjana keuntungan seawal tahun 2021 nanti.

 

Sumber: Wccftech