Kerana Covid-19, Aplikasi Ini Menjadi Popular Dengan Lebih 50 Juta Muat Turun

Kebanyakan sekolah dan universiti di seluruh dunia terpaksa ditutup berikutan penularan pandemik Covid-19. Dengan itu, institusi pendidikan mula beralih kepada perkhidmatan seperti Zoom dan Google Classroom bagi meneruskan pembelajaran secara dalam talian.

Kini, aplikasi Google Classroom telah melonjak naik menjadi aplikasi paling popular bagi kategori pendidikan di iOS dan Android. Ia juga merekodkan dengan lebih 50 juta muat turun pada peranti Android.

Google Classroom

Walaupun aplikasi Google Classroom telah dilancarkan lebih 5 tahun lalu, namun perkhidmatan percuma ini tidak begitu popular sebelumnya. Dengan lebih tepat, menurut data AppBrain, aplikasi ini tidak tersenarai dalam 100 aplikasi pendidikan paling popular pada awal Mac.

Namun, ia mula menunjukkan peningkatan setelah dimuat turun secara besar-besaran di seluruh dunia, termasuk Indonesia, Mexico, Kanada, Finland, Itali, dan Poland. Pada masa ini, sudah pasti aplikasi pendidikan percuma seperti ini sangat berguna untuk guru dan pelajar bagi meneruskan pembelajaran dan kekal berhubung walaupun berada di rumah.

Sumber: Android Police