Kerana Biadap, Lesen Seorang Pemandu MyCar Digantung

Sepertimana yang semua sudah maklum, penyedia perkhidmatan e-hailing, MyCar merupakan salah satu alternatif kepada syarikat Grab. Perkhidmatan mereka dikatakan berpontensi untuk bertahan lama kerana harga yang ditawarkan masih lagi kompetitif berbanding dengan apa yang ditawarkan oleh syarikat lain.

Namun, sebagaimana yang tular di media sosial baru-baru ini, sedikit sebanyak ia menjejaskan reputasi syarikat MyCar. Ia adalah berkaitan tindakan tegas yang dikenakan terhadap seorang pemandunya yang didakwa bersikap kurang sopan terhadap penumpang.

"Akaun pemandu tersebut telah digantung atas kesalahannya sendiri, dan keterangan jelas mengenai isu tular itu telahpun dibuat oleh penumpang terbabit," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Noah Maideen.

Setelah perbincangan dilakukan, penumpang tersebut telah memuatnaik satu tweet di mana beliau menyatakan bahawa isu itu telahpun diselesaikan secara berhemah bersama pihak MyCar. Walaubagaimanapun, pihak MyCar telah memohon maaf atas segala kesulitan yang terjadi kepada penumpang wanita tersebut.

Sumber: Bernama