Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerana Biadap, Lesen Seorang Pemandu MyCar Digantung

Kerana Biadap, Lesen Seorang Pemandu MyCar Digantung

Diterbitkan Disember 20, 2019 ยท Dikemas kini Disember 30, 2019 oleh Haikel Areff

Sepertimana yang semua sudah maklum, penyedia perkhidmatan e-hailing, MyCar merupakan salah satu alternatif kepada syarikat Grab. Perkhidmatan mereka dikatakan berpontensi untuk bertahan lama kerana harga yang ditawarkan masih lagi kompetitif berbanding dengan apa yang ditawarkan oleh syarikat lain.

Namun, sebagaimana yang tular di media sosial baru-baru ini, sedikit sebanyak ia menjejaskan reputasi syarikat MyCar. Ia adalah berkaitan tindakan tegas yang dikenakan terhadap seorang pemandunya yang didakwa bersikap kurang sopan terhadap penumpang.

“Akaun pemandu tersebut telah digantung atas kesalahannya sendiri, dan keterangan jelas mengenai isu tular itu telahpun dibuat oleh penumpang terbabit,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Noah Maideen.

Setelah perbincangan dilakukan, penumpang tersebut telah memuatnaik satu tweet di mana beliau menyatakan bahawa isu itu telahpun diselesaikan secara berhemah bersama pihak MyCar. Walaubagaimanapun, pihak MyCar telah memohon maaf atas segala kesulitan yang terjadi kepada penumpang wanita tersebut.

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
©2026 WISER.MY