Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Jadual Perjalanan Balik Raya Yang Dicadangkan PLUS

Kerajaan Umum Diskaun Dan Tol Percuma, Ini Senarai Tol Yang Terlibat

Diterbitkan April 25, 2022 · Dikemas kini April 26, 2022 oleh ariff bukhari

Kerajaan telah mengumumkan pemberian tol tol percuma dan diskaun tol kepada pengguna lebuh raya yang akan pulang berhari raya bermula hujung bulan ini.

Ia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Hadiah tol percuma itu melibatkan jaringan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan Lebuhraya Utara – Selatan.

Tawaran itu juga turut melibatkan jaringan lebuh raya menghubungkan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dengan sembilan jaringan lebuh raya lain akan terlibat dalam inisiatif tersebut.

Pengguna lebuh raya boleh menikmati tawaran tol percuma itu bermula pada hari Sabtu, 30 April 2022 dari jam pukul 12.00am  sehingga 1 Mei, hari Ahad jam 11.59 malam untuk semua kelas kenderaan.

Untuk lebuh raya lain pula, diskaun sebanyak 30 peratus dan 50 peratus akan turut diberikan pada tarikh dan masa yang sama untuk semua kelas kenderaan.

Berikut adalah senarai lebuh raya yang menawarkan tol percuma:

  1. Lebuhraya Utara Selatan (Plus)
  2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  3. Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)
  4. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
  5. Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)
  6. Jambatan Pulau Pinang (JPP)
  7. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1
  8. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2
  9. Lebuhraya KL – Karak (KLK)
Berikut pula adalah senarai lebuh raya yang akan menawarkan diskaun sehingga 50 peratus:
  1. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  2. Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
  3. Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA)
  4. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
  5. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  6. Lebuhraya Bertingkat Ampang – KL (AKLEH)
  7. Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)
  8. Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE)

Sumber: Astro Awani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY