Kerajaan UK Bercadang Untuk Melaburkan RM 1.3 Bilion Bagi Meletakkan UK Sebagai Pendahulu Dalam Teknologi Bateri

Teknologi terkini seperti VR (virtual reality) dan AI semuanya mempunyai masalah yang sama, bateri.

Dengan aplikasi yang semakin canggih, teknologi bateri kelihatan agak kebelakang dan tidak dapat mengejar jurang antara mereka.

Dunia masa kini juga sedang berusaha membangunkan sumber tenaga hijau dan mengurangkan kebergantungan terhadap sumber yang tidak boleh diperbaharui.

Untuk itu, kerajaan UK telah bersetuju untuk melaburkan sebanyak RM 1.3 Bilion bagi memacu pembangunan teknologi bateri.

Setiausaha bisnes, Greg Clark berkata pelaburan itu akan menampung persaingan di bawah projek Faraday Challenge.

Projek itu yang akan mengambil masa dalam empat tahun dijangka akan memberi dorongan kepada pembangunan dan penyelidikan di dalam teknologi bateri.

Dinamakan sempena Michael Faraday, saintis kurun ke-19 yang memulakan teknologi motor elektrik, cabaran itu akan diketuai oleh Majlis Penyelidikan Kejuruteraan dan Sains Fizikal (EPSRC) dan akan memperlihatkan institut bateri pertama UK.

Sumber

Berkaitan