Kerajaan Selangor Anjur Selangor E-bazar Sempena Jualan Mega 11.11

Kerajaan Selangor baru-baru ini akan menyalurkan baucar bernilai RM 2 juta untuk penganjuran Selangor E-bazar mulai hari ini hingga 26 November.



Peruntukan yang diberikan adalah berbentuk baucar diskaun untuk digunakan di platform e-dagang Shopee dan Lazada.



Inisiatif ini dilakukan kerajaan bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Perusahaan Mikro Selangor sempena kempen Jualan Mega 11.11.

Kempen ini dijalankan dari 26 Oktober hingga 26 November dan peniaga dari Selangor digalakkan untuk mendaftar di platform ini di laman rasmi Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC).



Tambahan lagi, anda boleh nikmati diskaun dan promosi yang menarik melalui baucar bersubsidi dari kerajaan negeri Selangor di Lazada dan Shopee.

Sebelum ini, kerajaan Selangor telah menganjurkan kempen Selangor E-bazar Raya selama dua bulan dari 4 Mei hingga 4 Julai dan ia mendapat sambutan yang sangat baik.

Sumber: sitec