Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bayaran Penghantar Makanan Foodpanda Ditingkatkan Kepada RM7 Untuk Satu Pesanan Bermula 30 September

Kerajaan Rancang Kawal Selia Servis P-Hailing

Diterbitkan April 19, 2021 oleh Wiser MY

Servis penghantaran barang atau makanan menggunakan motosikal semakin menjadi terkenal semenjak pandemik ini. Oleh itu, ramai yang mendaftar kerja sebagai penunggang p-hailing.

Dalam sidang media di Pejabat MCA Johor semalam, kerajaan bercadang untuk mewujudkan badan yang mengawal selia servis p-hailing ini.

Menurut menteri pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, ini adalah langkah penting dalam usaha menjaga kebajikan sektor ini.

Dengan anggaran seramai 100,000 yang bekerja keras didalam bidang ini, sudah tiba masanya untuk memberi lebih perhatian terutama dari segi kebajikan.

Kerajaan juga sedang mencari jalan untuk membuat peraturan yang boleh melindungi hak dan nasib penunggang-penunggang ini.

Tambah Wee, penunggang juga perlu bertanggungjawab dengan keselamatan sendiri dan keselamatan orang lain diatas jalan raya.

“Saya telah meminta Jabatan Pengangkutan Jalan Raya untuk melakukan kempen untuk tingkatkan kesedaran antara penunggang. Di samping mencari rezeki, mereka juga perlu bertanggungjawab kepada pengguna jalan yang lain.”

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY