Kerajaan Pertimbang Beri Kuasa Kepada SKMM Untuk Padam Status Berbaur Perkauman & Maklumat Palsu

Sejak kebelakangan ini, laman media sosial seperti Facebook dan Twitter sering dijadikan platform penyebaran maklumat palsu serta status berbaur perkauman dan kebencian.

Atas alasan itu, kerajaan Malaysia kini sedang dalam pertimbangan untuk memberi kuasa kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memadam sebarang status yang dikirim  di media sosial berkaitan perkara di atas.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo baru-baru ini.

Menurut beliau, kerajaan kini dalam proses merangka pindaan undang-undang berkaitan perkara tersebut.

Bagaimanapun, usul mengenai penggubalan undang-undang berkenaan akan dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu.

 

Sumber: Bernama