Berdasarkan kiriman Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk membangunkan platform digital E-Bazar Ramadan Selangor GRAB dengan kerjasama syarikat penghantaran GRAB Malaysia.
Menerusi platform digital ini, ia membolehkan peniaga menjana pendapatan sepanjang Ramadhan dan rakyat Selangor berpeluang untuk membeli juadah berbuka puasa secara dalam talian.
Konsep Bazar Ramadhan ini menjelaskan hanya pembelian dalam talian dari aplikasi GRAB sahaja dibenarkan. Selain itu, Kerajaan Negeri turut menyatakan akan mematuhi segala spesifikasi penyediaan makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pada masa ini, sebanyak 15 lokasi telah dikenalpasti sebagai lokasi pelaksanaan untuk dijadikan dapur berpusat (central kitchen) dan akan diselaras oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) dan HIJRAH.
Selain Kerajaan Negeri Selangor, Kementerian Wilayah Persekutuan turut mengambil inisiatif untuk menjalankan bazar Ramadhan menerusi tiga kaedah iaitu dengan menggunakan khidmat e-Hailing, 'Tempah, Bungkus & Ambil' serta Pandu Lalu.
Berkaitan
- Purata Kelajuan Jalur Lebar Tanpa Wayar Minimum 7.7Mbps Tahun Ini
- 24GB Tak Cukup? Pengeluar Telefon Mula Uji RAM Lebih Besar
- Kuo: Apple Batal Rancangan Pelancaran iPhone SE Pada 2024
- MIUI 12 Versi Global Telah Mula Dilepaskan Kepada 5 Peranti Ini
- Tabung Haji: Hati-Hati Penipuan Urusan Haji Melalui Panggilan Telefon
- Go Shop Akan Henti Operasi Sepenuhnya Pada Minggu Depan
- OPPO Lancar Find X7 Ultra - Telefon Pertama Dengan Dua Lensa Periskop
- Penggodam Dakwa Sistem e-Penyata Gaji Diceroboh, Ugut Mahu Jual Data Peribadi Penjawat Awam
- OnePlus 12 Dilancarkan - SD 8 Gen 3, 24GB RAM, Kecerahan 4,500 Nit
- Twitter Sekat Akaun 'Stalk' Jet Peribadi Elon Musk