Kredit : RTM
Insentif tersebut ialah pemberian kredit RM 30 ke dalam dompet digital (E-Wallet) kepada warganegara Malaysia. Insentif tersebut hanya khusus buat warganegara berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan tahunan kurang dari RM 100,000.
Bagi membuat penebusan insentif ini, para penerima perlu mempunyai akaun E-Wallet dan membuat pengesahan identiti pada penyedia perkhidmatan yang terpilih.
Insentif ini juga boleh ditebus selama dua bulan sahaja bermula dari 1 Januari 2020 hingga 29 Februari 2020.
Menurut Menteri Kewangan Malaysia iaitu Lim Guan Eng, insentif ini bertujuan untuk mendidik warganegara Malaysia agar sentiasa menggunakkan dompet digital (E- Wallet) dalam perbelanjaan.
Diharapkan dengan insentif ini, mampu menjadi pemangkin penggunaan dompet digital (E-Wallet) ini dalam kalangan pengguna dan juga penjual. Ia sejurus selari dengan harapan agar Malaysia menjadi negara yang maju dalam sektor Ekonomi Digital menjelang 2020.
Sumber : treasury.gov.my
Berkaitan
- Disebabkan Apple, Ketahanan Bateri Peranti Android Akan Meningkat Tahun 2020
- Pelancaran Xiaomi Mi Watch Premium Edition Ditunda Sehingga Februari 2020
- Mesut Ozil Dikeluarkan Dari PES 2020 Berikutan Komen Penindasan Etnik Uighur
- Pra-Tempah Oppo A9 2020 Untuk Mendapat Hadiah Ekslusif Bernilai RM 258
- Realme X50 5G Bakal Dilancarkan Januari 2020, Pesaing Utama Redmi K30?