Kerajaan Mengumumkan Elektrik Percuma Selama 3 Bulan

Bagi penggunaan eletrik bawah 300kWj.


Kerajaan hari ini mengumumkan, bil elektrik percuma selama tiga bulan bagi penggunaan eletrik bawah 300kWj atau bil elktrik yang berjumlah kurang daripada RM77.

Ia diumumkan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dalam satu sidang medianya hari ini.

Ia dijangka akan memberikan manfaat kepada lebih kurang 4 juta atau 52.2 peratus pengguna domestik.

Pemotongan ini melibatkan bil elektrik bagi bulan April, Mei dan Jun.

Bagi pengguna yang telah membuat bayaran bil bagi April, Mei dan Jun pula, bayaran itu akan dikreditkan semula ke dalam bil bulan Julai.

Pengumuman ini juga sekalgus merupakan tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang telah dilaksanakan sejak 1 April lalu.

Menteri memaklumkan bahawa kos keseluruhan Bantuan Prihatin Elektrik tambahan ini adalah sebanyak RM942 juta menjadikan jumlah keseluruhan diskaun yang diberikan kepada pengguna bagi tempoh 1 April hingga 30 Sept depan sebanyak RM2.2 bilion.

Kerajaan berharap dana bantuan tersebut akan dapat membantu meringankan beban rakyat.

Sumber: Bernama

Berkaitan