Dalam pelan tersebut, Kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menggariskan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) 2020-2024 yang merangkumi 12 strategi, 35 pelan tindakan dan 113 program sebagai kesiapsiagaan negara terhadap apa jua bentuk serangan siber.
MCSS telah dilancarkan pada 12 Oktober lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah yang mewakili Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kementerian Komunikasi Dan Multimedia memaklumkan bahawa Strategi Keselamatan Siber Malaysia bertujuan menyelaras pelaksanaan strategi pengurusan ancaman siber.
Pendekatan yang berbentuk active cyber defence ini adalah hasil kerjasama antara beberapa kementerian termasuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) yang bertanggungjawab dalam penggubalan, pelaksanaan, pemantauan dan penyelarasan dasar keselamatan siber.
Berkaitan
- Insiden Penipuan Siber Di Malaysia Adalah Tertinggi Bagi Suku Pertama 2021
- 2 Penyelidik Menggodam TikTok Bagi Menunjukkan Isu Keselamatan Platfom Tersebut
- Kecacatan Ciri Keselamatan Pelayar Chrome Mendedahkan iPhone Pada Serangan Perisian Hasad
- Penyelidik Keselamatan Cuba Menggodam Mesin Kopi Dan Hasilnya...
- Laporkan Insiden Keselamatan Siber Kepada CyberSecurity Malaysia
- KKMM Mengumumkan Senarai Pemenang Pertandingan Ideas4KKMM
- Pengguna Android Tidak Boleh Mengharapkan Ciri Keselamatan Google Play Protect Semata-Mata
- Ciri Keselamatan Windows 7 Masih Akan Terus Dikemas Kini Walaupun Selepas Microsoft Menamatkan Sokongannya
- Menteri KKMM Disahkan Positif COVID-19
- Jenayah Siber Pada 2018 Meningkat Hampir 2 Kali Ganda Berbanding 2017