Internet Kelajuan Tinggi Di Kawasan Luar Bandar Dalam Masa 5 Tahun Jadi Sasaran Kerajaan

Masih lagi mengenai Belanjawan 2019. Jika tadi berita yang kurang enak didengar, kini pihak kerajaan membawa satu berita yang menggembirakan pula. Kerajaan Malaysia menyatakan kesediaan mereka untuk memastikan kawasan luar bandar dan terpencil untuk menikmati sambungan internet yang lebih pantas.

Kapsyen: Kredit: RTM & TV3


YB Lim Guan Eng semasa membentang bajet sebentar tadi mengumumkan bahawa kerajaan mahu membantu dalam membekalkan perkhidmatan internet berkelajuan 30Mbps bagi penduduk kampung dan kawasan terpencil dalam tempoh 5 tahun.

Untuk menjadikan perkara itu satu kenyataan, pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1 billion di bawah Pelan Ketersambungan Fiber Nasional(NFCP) bagi membangunkan infrastruktur jalur lebar negara.

Pengumuman ini pastinya menggembirakan penduduk di kawasan berkenaan selepas kebanyakan daripada mereka terpaksa membayar jumlah yang tinggi untuk melanggan perkhidmatan jalur lebar selama ini.

https://twitter.com/MOFmalaysia/status/1058291362779426819

Ia berlaku kerana kawasan luar bandar kebanyakannya masih belum menerima sokongan fiber optik dan masih menggunakan kuprum. Nampaknya penantian kita setelah sekian lama akhirnya akan berakhir juga tidak lama lagi.