Lapor Kesalahan Merokok Di Kedai Makan Melalui WhatsApp

Seperti yang kita ketahui, Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) telah mengisytiharkan premis-premis makanan dan restoran di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok. Namun berdasarkan laporan dan pemerhatian kami sendiri, terdapat segilintir perokok yang tidak mengendahkan larangan tersebut.

Menjadi tanggungjawab sesama kita untuk menegur mereka namun, ada kalanya, teguran itu mendapat balasan yang buruk. Malah, baru-baru ini, seorang pekerja premis makanan didakwa dikasari selepas menegur seorang perokok yang merokok di premis tersebut.

Laporan seperti ini menjadikan anda takut untuk menegur? Jangan risau, KKM telah menyediakan jalan penyelesaian bagi masalah tersebut.

Anda kini boleh membuat aduan larangan merokok melalui dua talian khas yang mana salah satu daripadanya adalah melalui aplikasi WhatsApp.

lapor perokok di kedai makan Kapsyen: KKM


Sekiranya ternampak seseorang melakukan kesalahan ini, anda boleh membuat aduan dengan mengambil gambar perokok tersebut, nama restoran dan alamat restoran serta waktu dan tarikh gambar dirakamkan.

Seterusnya, hantarkan pesanan tersebut melalui WhatsApp ke talian 010-860 8949. Selain itu, anda juga boleh melaporkan mengenai premis yang tidak memaparkan papan tanda larangan merokok ke talian berkenaan.

Orang ramai juga boleh membuat aduan dengan membuat panggilan suara ke talian 03-8892 4539 namun ia hanya boleh dilakukan semasa waktu pejabat sahaja.

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia