Kerajaan Jepun Mahu Berhenti Guna Produk Huawei & ZTE

Beberapa minggu lalu, kami pernah melaporkan mengenai rancangan kerajaan Amerika untuk memujuk sekutu mereka berhenti menggunakan produk Huawei.

Langkah itu dilihat mula membuahkan hasil apabila kerajaan Jepun dikatakan bakal mengharamkan penggunaan produk buatan Huawei dan ZTE dalam urusan mereka tidak lama lagi.

Kapsyen: Reddit


Alasan bagi keputusan itu kekal sama, iaitu bagi menjamin keselematan negara. Mereka dikatakan bimbang akan serangan siber daripada produk-produk keluaran dua syarikat tersebut.

Malah, kerajaan mereka juga tidak akan lagi menggunakan produk syarikat lain yang mempunyai peralatan atau bahagian yang dikeluarkan oleh Huawei atau ZTE.

Kapsyen: The Japan Times


Berita ini ternyata memberi tamparan kepada kedua-dua syarikat, terutamanya Huawei. Ini kerana, disebalik kejayaan cemerlang dalam industri telefon pintar, 2018 menjadi tahun dimana mereka terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Kewangan(CFO) mereka, Meng Wanzhou ditahan di Kanada. Beliau ditahan bagi tujuan siasatan kes dakwaan pelanggaran sekatan perniagaan terhadap Iran oleh Huawei.

Nampaknya, hubungan antara US - China akan menjadi semakin renggang dengan perkembangan ini. Diharapkan semuanya dapat diselesaikan secara rundingan damai kelak.

 

Sumber: The National