Sekatan itu adalah melibatkan golongan remaja bawah 17 tahun, dimana akses internet mereka selepas jam 12 malam akan dihalang.
Terdapat juga video game provider (penyedia) yang menyekat (remaja) bawah 17 tahun untuk berada (bermain), selama satu hingga dua jam dan selepas itu mereka di’offline’kan.
Ini antara langkah yang boleh diambil dan kita kaji untuk memastikan ia dikawal, ujar Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Selain itu, ketagihan menggunakan aplikasi permainan video serta media sosial ini dilihat memberikan impak yang berbahaya kepada pengguna, selain mengganggu tugas harian seperti pembelajaran mahupun kerjaya.
Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan pada tahun lalu mendapati sejumlah 34.9% remaja dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun ketagih mengakses internet.
Tinjauan dari SKMM pula menunjukkan 80% daripada 24.1 juta pengguna internet di Malaysia menggunakan media sosial lebih 4 jam dalam sehari.
Sumber: BH Online
Berkaitan
- Maxis Mahu Jadi Yang Pertama Dalam Menawarkan Rangkaian 5G Di Malaysia
- The World Bank: Sambungan Jalur Lebar Tetap Malaysia Perlahan Dan Tidak Mampu Milik
- Realme 5 Pro Habis Terjual Pada Jualan Hari Pertama Di Malaysia
- OPPO A16K, Telefon Pintar Bawah RM600 Di Malaysia
- Huawei Watch GT 2 Akan Dipasarkan Di Malaysia Pada Harga RM799
- Liga Super Malaysia Mungkin Berpeluang Diperkenalkan Dalam FIFA 20
- Malaysia Perlu Waspada Teknologi 5G China - Daim
- Siri OPPO Reno2 Rasmi Diperkenalkan Di Malaysia, Harga Bermula RM1599
- Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Sudah Rasmi Untuk Pasaran Malaysia
- Adakah realme X50 5G Akan Dibawa Ke Pasaran Malaysia?