Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan India Melarang Penjualan Dan Penggunaan Beg Plastik Tunggal Sepenuhnya Bermula 1 Julai 2022

Kerajaan India Melarang Penjualan Dan Penggunaan Beg Plastik Tunggal Sepenuhnya Bermula 1 Julai 2022

Diterbitkan Jun 29, 2022 oleh ariff bukhari

Kerajaan India telah mengumumkan penguatkuasaan larangan penggunaan plastik bermula 1 Julai 2022 ini di seluruh India.

Larangan bahan berplastik itu meliputi pembuatan, penjualan dan pengedaran.

Larangan itu juga meliputi pelbagai barangan lain yang mengandungi bahan plastik termasuklah polistirena, straw, perkakasan, dan penggunaan beg plastik secara tunggal.

India antara negara yang berdepan dengan krisis plastik terburuk di dunia. Menurut laporan oleh Pusat Badan Kawalan Pencemaran (CPCB), India menghasilkan lebih daripada 25,000 tan plastik terbuang setiap hari.

Penduduk di Goa didapati menghasilkan bahan buangan plastik paling banyak di India dengan menghasilkan sebanyak 60 gram plastik terbuang per kapita setiap hari.

Jumlah itu adalah hampir 2 kali ganda lebih tinggi bahan buangan plastik yang dihasilkan oleh penduduk Delhi.

India dilaporkan menjadi penyumbang pencemaran ketiga terbesar di dunia ketika ini.

Sumber: earth.org,

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY