Kerajaan Berjanji Mempertingkatkan Kualiti Jaringan Digital Di Seluruh Negara Menerusi Pelan NFCP

Pelaksanaan pembangunan akan dibuat dengan kerjasama pihak kerajaan dan swasta.


Pada pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat pada Jumaaat lalu, kerajaan mengumumkan pembangunan infrastruktur yang diperlukan bagi membentuk Digital Malaysia melalui pelaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).

Pelan pelaksanaan tersebut akan dijalankan sepanjang tempoh lima tahun yang akan membabitkan jumlah pelaburan sebanyak RM21.6 bilion, melalui kerjasama pihak awam dan swasta.

Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan membiayai lebih separuh daripada pelaburan yang diperlukan itu. SKMM akan memperuntukkan sebanyak RM250 juta untuk menyediakan akses jalur lebar melalui teknologi satelit.

Peningkatan jaringan digital ini akan dibuat diseluruh negara termasuklan kawasan luar bandar pedalaman Malaysia, khususnya di Sabah dan Sarawak, bagi memastikan tiada pihak yang terpinggir dalam agenda digital negara.



 

Bagi mempercepatkan infrastruktur digital di bangunan awam terutamanya sekolah dan kawasan berimpak tinggi seperti taman perindustrian pula, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi mempercepat pelaksanaan NFCP di kawasan-kawasan tersebut.

Berkaitan