Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan Bercadang Haramkan Rokok Ke Atas Rakyat Yang Lahir Selepas Tahun 2005

Kerajaan Bercadang Haramkan Rokok Ke Atas Rakyat Yang Lahir Selepas Tahun 2005

Diterbitkan Januari 28, 2022 · Dikemas kini Januari 28, 2022 oleh ariff bukhari

Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin semalam telah berkongsikan salah satu pelan yang boleh dikatakan sebagai agak radikal secara khusus terhadap mereka yang lahir selepas tahun 2005.

Menerusi laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia semalam, beliau memaklumkan bahawa Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menguatkuasakan pengharaman pembelian tembakau dan sebarang produk merokok kepada sesiapa yang lahir selepas daripada tahun 2005.

Kenyataan itu dibuat menerusi kenyataan politik bertajuk “Political Statement on the Prevention and Control of NCDs” pada Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia kali ke-150 yang berlangsung semalam.

Intervention Remarks by @Khairykj Minister of Health at The 150th Session of The World Health Organisation’s Executive Board Meeting

24-29 January 2022 pic.twitter.com/ppLOkRVXni

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) January 27, 2022

Ini bermakna, mereka yang akan mencapai umur 18 tahun pada tahun hadapan berkemungkinan tidak lagi akan dibenarkan membeli produk-produk seperti itu dan merokok pada tahun hadapan sekiranya cadangan pelan itu diluluskan Kerajaan.

Sumber: KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY