Kerajaan Bakal Tambah Satu Juta Dekoder MYTV

Menerusi persidangan parlimen sesi pagi yang berlangsung semalam, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, telah menyatakan kerajaan bercadang untuk menambah sebanyak satu juta dekoder MYTV untuk siaran percuma MyFreeview.

dekoder percuma MYTV

Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, perkhidmatan itu telah mendapat permintaan tinggi penduduk terutama di kawasan luar bandar. Berikutan itu, ia dalam usaha untuk memastikan perkhidmatan jalur lebar di semua kawasan berkualiti supaya siaran televisyen digital tidak terganggu.

Menerusi sambungan 5G dengan spektrum 700MHz yang dicadangkan, ia akan memastikan capaian jalur lebar lebih baik.

Bagaimanapun, buat masa ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia masih belum menganugerahkan syarikat tertentu untuk menjalankan spektrum 5G tersebut.

Sumber: Parlimen Malaysia