Kerajaan Akan Melancarkan Aplikasi Khas Bagi Mengesan Pergerakan Rakyat

Pembangunan aplikasi tersebut sedang giat dibangunkan.


Kerajaan dilaporkan sedang giat membangunkan sebuah aplikasi khas untuk telefon pintar bagi mengesan pergerakan rakyat Malaysia.

Ia diumumkan oleh Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin hari ini.

Beliau memberitahu, aplikasi tersebut yang dijangka bakal dilancarkan tidak lama lagi dalam tahun ini boleh mengesan pergerakan rakyat Malaysia untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Pembangunan aplikasi tersebut adalah ilham daripada negara Singapura yang telah melancarkan satu aplikasi telefon pintar yang bernama Trace Together beberapa hari lalu.

Kapsyen: Trace Together dibangunkan oleh Agensi Teknologi Kerajaan (GovTech) dan Kementerian Kesihatan Singapura.


Aplikasi itu didakwa dapat mengenal pasti orang yang berada dua meter dengan pesakit koronavirus selama sekurang-kurangnya 30 minit dengan menggunakan teknologi bluetooth.

Tidak setakat itu, aplikasi itu juga berguna apabila mereka yang dijangkiti tidak dapat mengingat semula siapa yang mereka pernah dekati sebelum ini.

Setakat ini, aplikasi Trace Together itu telah dimuat turun oleh lebih daripada 620,000 pengguna. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun oleh pengguna peranti pintar iOS atau Android.

Sumber: Malaysia Kini