Pengumpul tegar barangan Marvel Avengers pastinya tidak akan melepaskan aksesori terbaru dari Hasbro ini.
Berita baik kepada para pengumpul tegar barangan Marvel Avengers Legends Series, pengeluar barangan terkenal Hasbro telah mengumumkan replika Infinity Gauntlet Versi Iron Man yang sudah pun boleh ditempah dari laman Amazon.com.
Infinity Gauntlet tersebut merupakan replika kedua yang digunakan oleh Iron Man bagi menewaskan Thanos dalam filem Avengers: Endgame selepas versi pertamanya yang digunakan oleh Thanos dalam filem Avengers: Infinity War.
Aksesori ini boleh disarung ke tangan serta dilengkapi dengan ciri lampu bercahaya pada setiap 6 replika batu infiniti yang terdapat di atas Infinity Gauntlet tersebut serta kesan bunyi istimewa yang diinspirasikan dari filemnya.
Walaubagaimanapun, replika batu tersebut tidak pula boleh ditanggalkan.
Infinity Gauntlet Versi Iron Man ini berharga USD99.99 dan akan mula dijual secara rasmi pada 31 October 2019 nanti. Untuk info lanjut sila layari laman rasmi Amazon.com
Berkaitan
- Pra Tempah Permainan Video DRAGON BALL Z: Kakarot Collector's Edition Di Laman Stor Amazon
- Amazon 'Kantoi' Kononnya Jual Storan Luar 16TB, Sebaliknya...
- Didakwa Guna Teknologi Video Mereka Secara Percuma, Nokia Saman Amazon
- Avengers: Endgame akan ditayangkan semula? Cubaan Marvel Untuk Mengatasi Filem Avatar
- Filem Avengers: Endgame Sekali Lagi Akan Ditayangkan Di Malaysia Bermula 29 Jun Ini
- Servis Storan Awan Amazon Drive Akan Ditamatkan Akhir Tahun Depan
- Avengers: Endgame Akhirnya Berjaya Merampas Takhta Filem Avatar
- SpaceX Mohon Lancar Hampir 30 Ribu Satelit Ke Orbit, Amazon Mahu Dinilai Sebaiknya
- Amazon Disahkan Laksana Pembuangan Pekerja Terbesar Dalam Sejarah Syarikat
- Satelit Internet Pertama Amazon Berjaya Dilancar, Bakal Saingi Starlink Elon Musk