Kenapa Ramai Sebut Pasal Mak Cik Kiah? Ini Sebabnya

Seperti semua sedia maklum, Perdana Menteri baru sahaja mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sebentar tadi. Melalui pengumuman tersebut, pasti rata-rata rakyat Malaysia tersenyum lebar mendengar insentif yang diberi.

[embed]https://twitter.com/artortoise_full/status/1243453038385225730?s=21[/embed]

Dalam masa yang sama, pasti ada yang tertanya mengapa nama Mak Cik Kiah menjadi sebutan netizen di media sosial. Bagi anda yang mungkin tidak sempat menonton atau mendengar pengumuman PRIHATIN secara langsung, Perdana Menteri menggunakan nama Mak Cik Kiah sebagai contoh untuk memudahkan orang ramai lebih faham mengenai insentif yang diberikan.

[embed]https://twitter.com/only_bcsw/status/1243449631482077185[/embed]

Setelah itu, nama Mak Cik Kiah mula trending di Twitter. Sehingga kini, lebih 36k ciapan di Twitter mengenai Mak Cik Kiah yang menjadikannya berada di nombor 2 dalam senarai trending tersebut. Ini kerana rata-rata netizen terhibur dengan analogi yang diberikan oleh Perdana Menteri.

Mungkin juga, anda turut tertanya sama ada Mak Cik Kiah, penjual goreng pisang di PPR Desa Tun Razak wujud atau tidak?

Terdahulu, Perdana Menteri turut mengumumkan insentif RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing dan internet percuma kepada semua rakyat Malaysia bermula 1 April.