Kenapa Ramai Pengguna Sosial Meletakkan Gambar Profil Berwarna Biru? Ini Sebabnya

Jika anda seorang pengguna sosial yang tegar, anda mungkin terlihat banyak gambar profil yang ditukar kepada berwarna biru tanpa sebarang teks dan tertanya-tanya apakah maksud disebaliknya.

Isu ini berlaku kerana salah seorang rakyat Sudan dibunuh dan berita kematiannya menarik perhatian pengguna sosial yang bersolidariti dengan meletakkan gambar berwarna biru sebagai tanda memperingati mangsa. Warna biru dipilih kerana ia merupakan warna kegemaran mangsa bunuh terbabit.

Dalam bulan ini, terdapat krisis yang dikhabarkan melanda Sudan, melibatkan sekurang-kurangnya seramai 100 orang terkorban. Rentetan daripada isu itu, perkhidmatan internet dihentikan oleh kerajaan Sudan atas alasan bagi mengelakkan sebarang informasi yang boleh menggugat keselamatan kerajaan Sudan.

Langkah itu dikatakan tidak berjaya dengan adanya pelbagai akaun sosial berpengaruh boleh dijumpai di internet yang menyebarkan kempen untuk bangun bersama Sudan.

Ia bermula dari salah seorang rakyat Sudan yang berumur 26 tahun itu dikenali sebagai Mohamed Mattar yang dibunuh oleh pihak keselamatan Sudan. Hal ini menarik perhatian seorang penulis blog yang menetap di New York dan mempunyai akaun sosial terpengaruh sebanyak lebih dari 10 ribu pengikut.

Shahd Khidir, memuat naik berita kematian Mattar di laman sosial beliau dengan niat ingin menyampaikan kempen kesedaran ini keseluruh dunia. Berikutan dari hal itu, tanda pagar #BlueForSudan membanjiri Twitter dan seterusnya ke platform-platform yang lain.

https://twitter.com/Saad_Alasad/status/1138724779165401088?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1138724779165401088&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.theguardian.com%2Fworld%2F2019%2Fjun%2F14%2Fblueforsudan-social-media-users-show-solidarity-for-protester

Isu ini membuka mata pengguna sosial termasuk selebriti-selebriti terkenal di dunia dan mereka mengambil inisiatif menukar gambar profil mereka ke warna biru atau memuat naik kandungan kempen ini di story mereka.

Berikut adalah beberapa kandungan yang dimuat naik oleh beberapa artis ternama.

https://twitter.com/makloubae/status/1138478390741274624?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.buzzfeed.com%2Fikrd%2Fcelebrities-showing-solidarity-with-sudan

https://www.instagram.com/p/Byp9xK2AwHZ/?utm_source=ig_embed

https://www.instagram.com/p/ByqI1EkAcGv/

 

Sumber: Al-Jazeera, Instagram, Twitter, BuzzFeed

Berkaitan