Sebanyak 6 permainan video popular telah disenaraikan dan acara pertama sudahpun berlangsung semalam.
e-Sukan yang dimaksudkan adalah Arena of Valor, Clash Royale, Hearthstone, League of Legends, Star Craft II dan Pro Evolution Soccer 2018.
Walaubagaimanapun, telah timbul tanda tanya daripada peminat e-Sukan mengapa permainan PUBG dan Fortnite tidak tersenarai.
Jika diperhatikan, kedua-dua permainan ini mempunyai kelompok pemain dan peminat yang ramai serata dunia tetapi terdapat alasan untuk isu berkenaan.
Menurut Ketua Asosiasi E-sport Indonesia, Eddy Lim, bagi melayakkan sesuatu permainan video itu diangkat sebagai acara di dalam Sukan Asia adalah dari segi faktor kepopularitian dan jumlah pemain.
Selain itu perkara yang paling penting sekali adalah peraturan permainan yang jelas. Difahamkan ketika ini Persatuan e-Sukan Antarabangsa masih belum menemukan formula peraturan yang tepat untuk bagi PUBG dan Fortnite.
" Formula peraturan masih belum ditemukan. Semua harus adil, supaya ia tidak hanya menguntungkan satu atau dua pihak sahaja." jelas Eddy kepada laman Kompas Tekno.
Selain itu Eddy turut menyatakan permainan bergenre battle royale seperti PUBG dan Fortnite masih belum boleh dinikmati oleh penonton dengan baik.
Hal ini kerana pemain mungkin lebih banyak bersembunyi daripada keluar bertempur.
" Jika kamu bermain battle royale, kamu pilih untuk menjadi Rambo yang cepat mati atau bersembunyi? Bayangkan jika hadiah pertandingan bernilai jutaan dolar, pasti tidak ada pemain yang berani keluar setelah mendarat. Semua akan diam sahaja." tambah Eddy lagi.
Sumber: Kompas Tekno
Berkaitan
- Indonesia Pertama, Malaysia Ketiga Kes Phishing Di Asia Tenggara Sepanjang 2022 - Kaspersky
- JDT Antara Pasukan Yang Akan Bertanding Dalam eFootball PES
- Ini Mungkin Rupa Bentuk iPhone 2018
- Medal Sukan Olimpik Di Tokyo Bakal Dihasilkan Dari Bahan Buangan Telefon Pintar
- PUBG Dikhabar Akan Dikemaskini Dengan Mod Zombi, Kenderaan Serta Senjata Baru
- Nokia 6.1 Dan Nokia 8110 Sedia Dibeli Bermula Esok, Jumaat 6 Julai 2018
- #mycybersale 2018 Sedia Bermula 3 September
- Peta Vikendi Bakal Ditambah Dalam PUBG Mobile, Kemaskini Mula Ditawarkan 18 Disember
- Sistem Tempahan AirAsia Bakal Tergendala, Beri Ruang Kerja Naik Taraf
- Tak Boleh Main PUBG? Aplikasi Itu Sedang Dikemaskini, Bakal Menampilkan Peta Baru