Kenapa Kamera Telefon Dengan Megapiksel Besar Tak Semestinya Bagus

Kepada pengguna telefon pintar, anda mesti pernah dengar perkataan megapiksel. Secara ringkasnya definisi megapiksel bermaksud resolusi kamera berdasarkan bilangan piksel yang mampu diambil oleh sesebuah kamera.


Satu megapiksel bersamaan dengan satu juta piksel, iaitu petak kecil yang digambungkan untuk menghasilkan imej. Jadi kamera yang mempunyai 8 Megapiksel bererti ia mampu mengambil gambar dengan 8 juta piksel kecil per inci.



Seperti yang kita tahu, pelbagai jenama telefon pada masa sekarang cenderung untuk mempromosikan produk mereka dengan mempamerkan megapiksel yang tinggi. Lantas membuatkan kita terpedaya dengan sangkaan "lebih tinggi nilai megapiksel, lebih bagus kualiti kamera", sebenarnya tidak!



Kita ambil contoh, Sony Xperia Z5 Premium memiliki resolusi 23-Megapiksel manakala kamera DSLR Canon EOS 1300D hanya memiliki resolusi 18-Megapiksel. Adakah kedua-dua peranti ini mampu menghasilkan kualiti gambar yang sama? Jawapannya tidak! Jauh bezanya.



Kamera DSLR mempunyai saiz sensor yang lebih besar terutamanya untuk model Full Frame. Sensor yang besar membenarkan lebih banyak kemasukan cahaya (photon) yang akan menghasilkan piksel. Secara logiknya sensor yang kecil dalam telefon pintar terpaksa memadatkan bilangan piksel yang tinggi, lalu menghasilkan saiz piksel yang kecil. Saiz sensor kamera untuk telefon pintar selalunya dalam lingkungan 1/2.3" hingga 1/4".





Kualiti kamera terletak pada kualiti sensor itu sendiri. Kita ambil contoh kamera yang dihasilkan oleh Apple, sensor kamera iPhone menghasilkan saiz piksel kepada 1.5µm (dari 1.4µm) dan menetapkan kiraan piksel yang sama dengan menggunakan sensor 15% lebih besar. Bermakna iPhone tidak perlu meletakkan kiraan megapiksel yang tinggi untuk menghasilkan imej berkualiti.



Senang cerita kualiti piksel, saiz sensor, nilai aperture dan perisian pemprosesan imej didalamnya yang menjadikan faktor utama sama ada kamera di telefon itu bagus ataupun tidak. Kiraan megapiksel juga penting tetapi bukanlah faktor utama yang perlu diambil kira dalam menentukan kualiti kamera di telefon pintar.