Kenapa Bicu Audio Ada 2 Jalur Dan 3 Jalur? Ini Perbezaannya

Kali ini kita akan bercerita mengenai perbezaan jalur yang terdapat pada bicu audio. Terdapat tiga jenis bicu audio; TS (Tip and Sleeve), TRS( Tip, Ring and Sleeve) dan TRRS (Tip, Ring, Ring and Sleeve).

Jalur tersebut merupakan penebat yang berfungsi untuk membezakan satu fungsi dengan fungsi yang lain.



 

TS (1 jalur)



Jenis ini hanya menyokong audio mono sahaja dan tiada kesan stereo. Biasa terdapat pada sambungan gitar elektrik.

TRS (2 jalur)



Terbahagi kepada bahagian Right, Left dan Sleeve. Menghasilkan audio stereo dimana terdapat perbezaan masa bunyi antara fon telinga kanan dan kiri.

TRRS (3 jalur)



Telefon pintar moden biasanya menggunakan jenis ini. Dua bahagian untuk audio (stereo), satu untuk mikrofon dan satu untuk memberi isyarat seperti contoh menamatkan panggilan. Namun begitu, ia tidak selalu digunakan dengan cara yang sama atau dalam susunan yang sama.

Terdapat dua jenis susunan yang biasa digunakan pada TRRS;



  • American Headset Jack (AHJ) - atau juga disebut CTIA. Susunan ini kerap digunakan pada telefon pintar terbaru. Antara yang menggunakan susunan ini adalah Apple tetapi mikrofon dan kaedah isyarat kawalan yang digunakan bukan standard (diterangkan dibawah).

  • OMTP - perbezaan dengan AHJ/CTIA adalah kedudukan ground dan mikrofon. Banyak digunakan pada peranti model lama.


Memasukkan fon telinga OMTP ke bicu AHJ/CTIA atau sebaliknya akan menyebabkan audio tidak dapat didengar. Anda memerlukan penyesuai untuk mendapatkan hasil audio.

Peranti yang menggunakan AHJ/CTIA: Apple, HTC, LG, Blackberry, Nokia terbaru (termasuk Lumia generasi pertama), Samsung model terbaru, Sony (Dualshock 4), Microsoft (Surface, pengawal XboxOne), kebanyakkan telefon Android.

Peranti OMTP: Nokia model lama, Samsung model lama, Chromebook 2012, Sony Ericsson model lama (Xperia 2010 dan 2011), Sony PlayStation Vita, OnePlus One.

Kaedah isyarat kawalan bukan standard yang digunakan Apple bermaksud fon kepala yang direka untuk Apple tidak sesuai digunakan pada peranti lain. Secara amnya, audio keluar dan satu butang kawalan pada fon kepala akan berfungsi, tetapi audio masuk (mikrofon) dan pengawal lantang bunyi tidak berfungsi.

Sumber rujukan: Geeksmate dan Headset Buddy

Berkaitan