Kenapa Apple Mac Tak Ada Stiker "Intel Inside"?

Kalau korang perasan, setiap komputer, laptop atau PC diletakkan stiker Intel dan ianya agak susah untuk ditanggalkan tanpa meninggalkan kesan. Macbook dan iMac juga turut menggunakan pemprosesan Intel tapi korang perasan tak kenapa stiker Intel tak ada dekat Mac?

Sebab bagi Apple, letak stiker nampak buruk.



Alasan yang diberikan ini sudah cukup buat pengguna Mac. Tapi mungkin ada diantara korang yang tertanya-tanya kenapa pembuat PC seperti Dell, Asus dan yang lain meletakkan stiker "Intel Inside"? Takkanlah diorang tak ada sense of art?

Sebenarnya ini semua berkenaan dengan duit. Semua pembuat PC dibayar oleh Intel untuk meletakkan stiker mereka di badan peranti masing-masing supaya pengguna tahu pemproses Intel dimuatkan di dalam.

Apple tidak kisah dengan bayaran 'marketing' dari Intel. Ini juga salah satu sebab mengapa Mac harganya mahal berbanding komputer lain. Pembuat komputer lain tidak berupaya menolak duit dari Intel untuk mendapatkan diskaun pembelian cip dengan harga yang lebih rendah dalam menghasilkan komputer mampu milik.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=Yc5Xws9TKlQ[/embed]

Apple dahulunya menggunakan cip pemprosesan dari IBM dan Motorola dan beberapa kali dilihat mengejek Intel melalui beberapa video komersial. Namun pada tahun 2006, Apple akhirnya akur dan bertukar ke cip pemprosesan Intel tetapi mereka menegaskan tidak akan meletakkan stiker "Intel Inside" di badan Mac sehinggalah ke hari ini.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=uwIUNbrjS9I[/embed]

 

Berkaitan