Kenapa Anda Tidak Digalakkan Balas Live Chat Rider Foodpanda

Ketika menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan Foodpanda, mungkin ada beberapa perkara yang anda tidak tahu mengenainya. Antaranya termasuk tidak digalakkan membalas live chat dari rider Foodpanda.

https://twitter.com/ayividinihsrad/status/1308367334717837312

Bukanlah bermakna anda tidak perlu membalas apabila rider tersebut sendiri yang bertanyakan soalan atau anda ingin membuat permintaan berkenaan tempahan serta mengucapkan terima kasih dan sebagainya. Namun, yang dimaksudkan disini adalah mesej bagi mengakhiri perbualan di live chat tersebut.



Bagi anda yang belum tahu, rider perlu menjadi yang terakhir berada dalam live chat tersebut. Mengapa?

Menurut rakan Foodpanda, satu paparan akan muncul dimana ia tidak membenarkan rider menamatkan atau close live chat tersebut jika pengguna masih aktif. Perkara ini menyebabkan rider tidak dapat ke langkah seterusnya dimana ia melibatkan Pickup Order dan Maps.

Jika rider tidak mengesahkan Pickup Order, anda mungkin melihat seolah-olah makanan tersebut masih belum siap atau diambil oleh rider. Lebih buruk lagi apabila rider tidak dapat mendapatkan akses ke Maps, dimana ia tertera lokasi untuk menghantar makanan tersebut.

Secara tidak langsung, menyebabkan penghantaran makanan tidak dapat dilakukan. Oleh itu, ia bukanlah melibatkan KPI rider dan sebagainya. Namun, bagi memudahkan kedua-dua pihak.