Kenapa Anda Perlukan Antivirus Walaupun Anda Pengguna Yang Berhemah

Bila bercakap tentang anti-virus, mungkin ramai yang memandang remeh dan berkata mereka tidak memerlukannya kerana mereka adalah pengguna yang berhemah dan common sense sudah cukup memadai buat mereka. Idea bahawa antivirus hanya diperlukan untuk pengguna yang tidak bertanggungjawab adalah mitos semata-mata. Ini tidak benar.



Tidak kiralah sebijak mana pun anda, anda tetap memerlukan perlindungan daripada antivirus di Windows.

Jadilah Pengguna Bijak

Ramai pengguna Windows terutamanya menjangkakan mereka akan dijangkiti virus malware apabila memuat turun fail yang mencurigakan, menjalankan perisian versi tak ofisial, melayari laman web yang tidak dibenarkan dan sebagainya. Ya, kebarangkalian untuk komputer anda dijangkiti virus memang tinggi jika anda melakukan perkara yang disebutkan tadi, namun bukan dengan cara itu sahaja malware dapat disebarkan.

Beberapa acara seperti Pwn2Own dan Pwnium diperkenalkan, dimana para peserta dicabar untuk menyerang atau menggodam perisian fully patched seperti Chrome, Firefox, Internet Explorer, Adobe Flash dan banyak lagi. Dari sinilah syarikat perisian dapat mengenalpasti loop hole lantas menggunakannya untuk memperbaiki dan membina lapisan sekuriti yang baru. Namun penggodam sentiasa dapat menjumpai cara baru untuk menyebarkan malware.



Dalam kata lain, komputer anda akan sentiasa terdedah dengan virus tatkala anda melayari sesuatu laman web. Walaupun laman web tersebut dilihat selamat daripada ancaman. Tiada laman di internet yang selamat, tidak kiralah laman web kerajaan atau youtube. Anda tetap memerlukan perlindungan antivirus.

Antivirus Adalah Perisai Terakhir Kepada Komputer Anda.



Banyak laman web yang menggunakan kelemahan sekuriti PC anda untuk menghantar virus seperti keyloggers, Trojans, rootkits dan banyak lagi untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.

Mungkin ramai di antara anda yang percaya perisian antivirus adalah berat dan melambatkan lagi komputer anda. Ya, betul, ada antara perisian antivirus yang menjadi punca PC ada berat seperti versi lama Norton dan McAfee. Malah terdapat juga perisian antivirus baru pada ketika ini yang penuh dengan notifikasi dan meminta pengguna membayar langganan servis mereka.

Walaupun begitu, komputer pada zaman sekarang sudah diberi penambahbaikkan. Komputer sekarang sudah laju dan perisian antivirus tidak memberi lagi kesan kepada komputer seperti dahulu. Antivirus yang kami sarankan untuk pengguna Windows adalah Windows Defender yang sangat ringan dan tidak mengandungi apa-apa junkware, iklan dan kemaskini berbayar.

Kami juga menyarankan anda untuk memasang Malwarebytes bersama Window Defender untuk keselamatan tambahan. Windows Defender tidak disertakan untuk platform Windows 7? Anda boleh guna Microsoft Security Essentials. Windows Defender adalah perisian yang terbina di dalam sistem Microsoft dan ianya adalah antivirus yang bagus daripada kebanyakkan antivirus lain di pasaran. Oleh yang demikian, tiada alasan untuk anda tidak menggunakannya.

Anda Tetap Perlu Berhati-hati.



Antivirus adalah satu lapisan sekuriti dan tiada antivirus yang sempurna. Adanya antivirus tidak semestinya anda boleh melayari internet dengan sewenang-wenangnya. Berhati-hati ketika memuat turun sebarang fail dan pastikan setiap perisian dalam omputer dikemaskini. Nyahpasang perisian yang mudah terkesan seperti Java dan sebagainya.

Berikut merupakan antivirus percuma terbaik yang dapat kami senaraikan untuk anda sebagai rujukan dan alternatif.

10. Qihoo 360 Total Security 8.6 (Muat turun)



  • Imbasan Perisian Malware Atas Permintaan: Ya

  • Imbasan Perisian Malware Di-Akses: Ya

  • Penilaian Laman Web: Tidak

  • Penyekatan URL Berbahaya: Tidak

  • Perlindungan Phishing: Ya

  • Pengesanan Berasaskan Tingkah Laku: Ya

  • (Bonus) Imbasan Kerentanan: Tidak

  • Rating: 3/5


9. Panda Free Antivirus 2017 (Muat turun)



  • Imbasan Perisian Malware Atas Permintaan: Ya

  • Imbasan Perisian Malware Di-Akses: Ya

  • Penilaian Laman Web: Tidak

  • Penyekatan URL Berbahaya: Ya

  • Perlindungan Phishing: Ya

  • Pengesanan Berasaskan Tingkah Laku: Tidak

  • (Bonus) Imbasan Kerentanan: Tidak

  • Rating: 3/5


8. Comodo Antivirus 10 (Muat turun)



  • Imbasan Perisian Malware Atas Permintaan: Ya

  • Imbasan Perisian Malware Di-Akses: Ya

  • Penilaian Laman Web: Tidak

  • Penyekatan URL Berbahaya: Ya

  • Perlindungan Phishing: Ya

  • Pengesanan Berasaskan Tingkah Laku: Ya

  • (Bonus) Imbasan Kerentanan: Tidak

  • Rating: 3/5


7. Adaware Antivirus Free 12 (Muat turun)



  • Imbasan Perisian Malware Atas Permintaan: Ya

  • Imbasan Perisian Malware Di-Akses: Ya

  • Penilaian Laman Web: Tidak

  • Penyekatan URL Berbahaya: Tidak

  • Perlindungan Phishing: Tidak

  • Pengesanan Berasaskan Tingkah Laku: Tidak

  • (Bonus) Imbasan Kerentanan: Tidak

  • Rating: 3/5


6. Avira Antivirus (Muat turun)



  • Imbasan Perisian Malware Atas Permintaan: Ya

  • Imbasan Perisian Malware Di-Akses: Ya

  • Penilaian Laman Web: Ya

  • Penyekatan URL Berbahaya: Ya

  • Perlindungan Phishing: Ya

  • Pengesanan Berasaskan Tingkah Laku: Tidak

  • (Bonus) Imbasan Kerentanan: Tidak

  • Rating: 3.5/5


5. Sophos Home (Muat turun)



  • Imbasan Perisian Malware Atas Permintaan: Ya

  • Imbasan Perisian Malware Di-Akses: Ya

  • Penilaian Laman Web: Tidak

  • Penyekatan URL Berbahaya: Ya

  • Perlindungan Phishing: Ya

  • Pengesanan Berasaskan Tingkah Laku: Ya

  • (Bonus) Imbasan Kerentanan: Tidak

  • Rating: 4/5


4. Check Point Zone Alarm Free Antivirus 2017 (Muat turun)



  • Imbasan Perisian Malware Atas Permintaan: Ya

  • Imbasan Perisian Malware Di-Akses: Ya

  • Penilaian Laman Web: Tidak

  • Penyekatan URL Berbahaya: Tidak

  • Perlindungan Phishing: Tidak

  • Pengesanan Berasaskan Tingkah Laku: Ya

  • (Bonus) Imbasan Kerentanan: Tidak

  • Rating: 4/5


3. Bitdefender Antivirus Edisi Percuma (Muat turun)



  • Imbasan Perisian Malware Atas Permintaan:Ya

  • Imbasan Perisian Malware Di-Akses: Ya

  • Penilaian Laman Web: Tidak

  • Penyekatan URL Berbahaya: Ya

  • Perlindungan Phishing: Ya

  • Pengesanan Berasaskan Tingkah Laku: Ya

  • (Bonus) Imbasan Kerentanan: Tidak

  • Rating: 4/5


2. AVG Antivirus Free 2017 (Muat turun)



  • Imbasan Perisian Malware Atas Permintaan: Ya

  • Imbasan Perisian Malware Di-Akses: Ya

  • Penilaian Laman Web: Ya

  • Penyekatan URL Berbahaya: Ya

  • Perlindungan Phishing: Ya

  • Pengesanan Berasaskan Tingkah Laku: Ya

  • (Bonus) Imbasan Kerentanan: Tidak

  • Rating: 4.5/5


1. Avast Free Antivirus 2017 (Muat turun)



  • Imbasan Perisian Malware Atas Permintaan:Ya

  • Imbasan Perisian Malware Di-Akses: Ya

  • Penilaian Laman Web: Ya

  • Penyekatan URL Berbahaya: Ya

  • Perlindungan Phishing: Ya

  • Pengesanan Berasaskan Tingkah Laku: Ya

  • (Bonus) Imbasan Kerentanan: Ya

  • Rating: 4.5/5


Pilihan Wiser.my adalah antivirus dari Avast dan juga AVG.