Kenali Teknologi eSIM Dan Kelebihan Yang Terdapat Padanya

Telefon boleh-lipat Motorola Razr 2019 merupakan peranti pertama yang menyokong penggunaan eSIM sepenuhnya. Ini bermaksud ia tidak lagi memerlukan kad SIM fizikal untuk bersambung kepada rangkaian syarikat telekomunikasi. Kebanyakan peranti kelas flagship sejak kebelakangan ini juga sudah mula menyokong fungsi eSIM seperti contoh bermula pada siri Apple iPhone XS dan juga Google Pixel 2. Fungsi ini mula diserap masuk ke dalam telefon pintar namun penggunaannya telah mula-mula lagi dipelopori oleh jam tangan pintar bermula dari Samsung Gear S2 dan Apple Watch Series 3.

Image result for moto razr esim Kapsyen: Motorola Razr 2019 - Peranti pintar pertama menyokong fungsi eSIM sepenuhnya


Implementasi eSIM pada jam tangan pintar sememangnya memberikan kelebihan terutamanya untuk fizikal dimensi yang kecil di mana jika memuatkan SIM fizikal tradisional akan menjadikannya tebal dan membazir ruang. Ini merupakan antara kelebihan utama eSIM dan ia akan menjadi lebih popular pada tahun-tahun mendatang bermula dengan Motorola Razr sebagai peranti pemula untuk membuang penggunaan SIM fizikal tradisional ini.

Namun, terlebih dahulu, tahukah anda apa itu eSIM dan bagaimanakah ia berfungsi? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, teruskan pembacaan untuk memahami teknologi ini dengan lebih jelas.

Apa itu eSIM?


Penamaan "eSIM" adalah merujuk kepada 'embedded SIM' iaitu implementasi SIM tanpa memerlukan kad SIM fizikal yang tidak perlu menukar kepada kad SIM untuk menyambungkan rangkaian kepada syarikat telekomunikasi.

Namun, eSIM bukanlah hanya semata-mata perisian kerana ia memerlukan perkakas khas seperti NFC iaitu cip kecil yang dimuatkan di dalam peranti yang menyokongnya.

Kapsyen: [Petak merah] Cip eSIM yang kecil yang terdapat pada peranti Google Pixel 2
eSIM juga merupakan teknologi 2 pihak di mana syarikat telekomunikasi juga perlu menyokong fungsi ini dan bukan semua syarikat dan rangkaian menyokong fungsi eSIM ini di Malaysia. Dengan eSIM, data dan maklumatnya boleh ditulis semula. Bermakna satu eSIM boleh digunakan untuk pelbagai rangkaian syarikat telekomunikasi bersilih ganti. Jadi, proses 'port in' dan 'port out' menukar rangkaian akan menjadi semudah ABC.

Image result for chip esim Kapsyen: Cip eSIM dilihat secara dekat

Peranti yang menyokong eSIM?


Teknologi ini dikira baharu lagi memandangkan ia baru sahaja dimuatkan dalam jam pintar sekitar tahun 2015 dan untuk peranti pintar tahun 2017. Untuk peranti popular, kesemua iPhone bermula daripada iPhone XR serta Apple Watch Series 3 ke atas menyokong teknologi ini. Untuk jenama lain, ia kelihatan agak terbatas dengan penawaran tidak sebanyak variasi model jenama Apple.

Kapsyen: iPhone antara model popular menyokong fungsi eSIM


Dengan penggunaan eSIM, anda boleh menggunakan dua nombor rangkaian yang berbeza walaupun dengan satu slot SIM fizikal sahaja.

Kapsyen: Huawei Watch GT2 - Antara jam pintar yang menyokong fungsi eSIM

Rangkaian syarikat telekomunikasi yang menyokong eSIM?


Tidak semua syarikat menyokong fungsi ini. Namun untuk syarikat popular dan ramai pengguna seperti Maxis, Celcom, Digi, U Mobile, jangan risau kerana syarikat-syarikat ini menyokong fungsi-fungsi. Untuk masa hadapan, berkemungkinan kita tidak lagi menggunakan SIM tradisional jadi sokongan syarikat terhadap teknologi ini akan bertambah dari semasa ke semasa.



Namun, seperti yang dinyatakan, walaupun syarikat telekomunikasi menyokong fungsi eSIM, hanya beberapa peranti dan model sahaja yang disenaraikan untuk menyokongnya. Jadi untuk senarai-senarai peranti tersebut, anda boleh melayari laman rasmi syarikat-syarikat tersebut dan lihat sama ada peranti anda ada tersenarai atau tidak. Fungsi eSIM ini kebiasaannya akan diberi kepada peranti terkini seperti jadi jika telefon atau jam pintar anda 3 atau 4 tahun lamanya, mungkin ia tidak tersenarai. Akan tetapi, untuk iPhone model terkini seperti iPhone 11 Pro, ia akan disokong secara fungsi eSIM ini kebiasaanya akan memberi laluan dan perhatian kepada model iPhone terkini dahulu, kemudiannya baru model dan jenama lain.

Kelebihan menggunakan teknologi eSIM?


Selain tidak lagi leceh untuk 'memegang' SIM fizikal yang kadang-kadang boleh jadi hilang terutamanya anda jenis bertukar-tukar peranti, ia juga menjimatkan ruang dengan ketiadaan slot SIM fizikal tradisional. Dengan pembuangan ruangan ini, lebih banyak penambahbaikan dan 'inovasi' yang boleh dimuatkan seperti menghasilkan jam pintar dan telefon yang lebih elegan dan nipis, peningkatan kapasiti bateri, serta ketahanan kalis air dan habuk dapat dipertingkatkan kerana tiada lagi 'lubang' untuk kemasukan bendasing.

Related image Kapsyen: Sifat teknologi eSIM yang sangat kecil memberikan banyak kelebihan berbanding kad SIM tradisional


 

Selain itu juga, dari segi mesra alamnya, penukaran rangkaian syarikat telekomunikasi tidak memerlukan lagi berbagai-bagai SIM fizikal. Anda juga tidak perlu lagi membuang sampah kad SIM ini merata-rata kerana satu cip eSIM tersebut sudah menyokong berbagai-bagai rangkaian dalam satu peranti yang sama.

Penggunaan teknologi eSIM juga sangat-sangat berguna ketika anda pergi bercuti atau mengembara ke negara orang di mana di sana mereka menggunakan rangkaian dan protokol yang berbeza. Jadi, anda tidak lagi perlu lagi menukar kad SIM malah dengan satu panggilan atau pengaktifan melalui internet ke syarikat rangkaian, anda sudah boleh menggunakan nombor telefon yang berbeza untuk kesesuaian rangkaian syarikat mereka.

Menggunakan eSIM, anda boleh menyimpan lebih dari satu 'nombor', akan tetapi hanya satu sahaja yang akan diaktifkan pada satu masa. Mungkin pada masa hadapan, dengan kemudahan teknologi ketika itu, anda boleh menggunakan dua nombor eSIM pada masa yang sama.

 

 

Berkaitan