Kenali Saiz-Saiz Kad SIM Untuk Peranti Pintar Anda

Kad SIM atau nama panjangnya Subscriber Indentitification Module merupakan salah satu alat penting dalam memastikan anda bersambung dengan rangkaian yang dilanggan.

Ia terkandung dengan informasi tertentu, berfungsi untuk mengesahkan serta mengenalpasti pelanggan dalam sesuatu rangkaian.

Sebelum kita kenali saiz-saiz kad sim yang sudah tersedia dipasaran, apa kata kita kenali dahulu sejarah penciptaan kad SIM terbabit.

Kad sim pertama telah dibangunkan oleh pembuat kad pintar berpengkalan di Munich,  Giesecke & Devrient.

Diawal pengeluaran, sebanyak 300 keping kad SIM dijual Giesecke & Devrient kepada syarikat pengendali rangkaian di Finland iaitu Radiolinja.

Tahun demi tahun, seiring dengan perkembangan teknologi, saiz kad SIM juga berubah.



Kad Sim Standard (1FF)

Merupakan kad SIM pertama dan mempunyai ukuran mirip kad kredit.

Kad SIM Mini (2FF)

Saiz ini diperkenalkan pada 1996 dan biasa kita lihat sehingga beberapa tahun lalu. Kad ini juga disebut sebagai kad SIM standard/biasa kerana saiz ini yang biasa digunakan pada peranti mudah alih.

Kad SIM Mikro (3FF)

Walaupun dibangunkan pada 2003, kad SIM Mikro hanya membuat kemunculan pada 2010 apabila Apple menukar slot kad SIM pada iPhone 4. Sejak dari itu, ia menjadi satu dari itu, ia diangkat sebagai standard kepada telefon pintar yang lain.

Kad SIM Nano (4FF)

Sekali lagi, keluaran Apple menjadi peranti pertama yang menggunakan kad SIM bersaiz baru iaitu Nano. Penggunaan kad SIM Nano boleh dilihat pada iPhone 5 yang dilancarkan pada September 2012 dan seterusnya boleh dilihat pada kebanyakkan peranti yang berada dipasaran sekarang.

Oleh kerana perbezaan saiz slot kad SIM pada peranti, pengendali rangkaian menampilkan kad SIM 3 dalam 1 yang boleh diubah-ubah saiznya. Hanya perlu tarik keluar dari kad untuk mendapatkan saiz yang berlainan.

Satu lagi jenis adalah eSIM (embedded-SIM) diperkenalkan pada 2016 melalui kad litar bersepadu universal. Ia dipasang terus pada papan induk peranti ketika proses pengilangan dan berfungsi sama seperti kad SIM tradisional lain.

Itulah sedikit sebanyak berkenaan dengan kad SIM berada dalam telefon pintar anda sekarang. Sebarang penambahan info boleh kongsikan diruangan komen dan jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan yang masih tidak tahu saiz kad SIM.