Kenali 'Safin', Penjahat Dari Filem 'No Time to Die'

Sekuel terbaru dari francais James BondNo Time to Die, bakal hadir tidak lama lagi. Di samping ketibaan filem itu dua bulan lagi, watak penjahat, Safin, dilakonkan oleh pemenang Oscar, Rami Malek, baru-baru ini. Dan semalam, sebuah video telah dilancarkan oleh produksi James Bond 007 yang memperlihatkan watak jahat tersebut dengan lebih dekat lagi. Jom kenali Safin!

kenali safin

Walaupun video tersebut menggunakan semula rakaman yang sama dari video acah terbaru, didapati terdapat lebih banyak rakaman dengan Rami Malek yang memberi pencerahan tentang watak Safin.

Pertama sekali, sudah jelas dia mengenali Madeleine Swann (Léa Seydoux), kekasih Bond yang, nampaknya telah berpisah dengan Bond pada awal filem itu. Namun, tentunya akan kembali semula kepada 007 oleh kerana ancaman terhadap keselamatannya yang berpunca dari Safin.

Menurut Malek, kegiatan jahat Safin hanyalah berasaskan teknologi dan tidak mempunyai ideologi kukuh yang menjadikannya ancaman terhadap keamanan global. Tambahnya lagi, "What I really wanted from Safin was to make him unsettling, thinking of himself as being heroic."

Apa sebenarnya rancangan Safin dalam No Time to Die dan bagaimana sebenarnya rancangan Bond untuk menjatuhkannya juga telahpun ditunjukkan dalam video acah filem itu. Namun, tentunya masih tidak jelas sama ada semuanya akan berjalan lancar atau tidak.

Jadi, adakah Safin benar-benar salah seorang, atau, penjahat paling hebat dalam sejarah James Bond? Boleh 007 mengalahkannya?

No Time to Die dijadualkan untuk ditayangkan pada 20 November nanti, setelah ditangguhkan beberapa kali. Sementara itu, kenali Safin dari video di bawah.

https://youtu.be/dCYRog1dosI

Sumber: New York Post & Variety

Baca lagi: Filem-filem Hebat Sepanjang Masa Arahan Christopher Nolan